Oleh Mohd Husni Mohd Noor


Kajang: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu generasi muda di negara ini tidak sewenang-wenangnya menjadi pembawa berita bahawa negara ini sedang menuju ke jalan songsang baik dari perspektif ekonomi mahupun politik.

Menurutnya, beliau juga kesal kerana generasi muda kini seakan lebih percaya kepada propaganda dan label buruk yang mungkin sahaja disuntik oleh musuh Islam.

"Hari ini kita digelar oleh sebahagian media berkepentingan sebagai negara yang gagal malah, nama Malaysia sekan mahu diburukkan secara sewenang-wenangnya.

"Apakah kita negara gagal bilamana Malaysia hampir berada ditempat teratas didalam banyak kerangka nilaian seperti The Global Competitiveness Report ataupun World Bank Report of Doing Business," katanya ketika menyampaikan ucaptama bertajuk 'Wasatiyyah Sebagai Manhaj Generasi Muda Masa Kini' pada Seminar Antarabangsa Wasatiyyah 2015 di sini, sebentar tadi.

Katanya, beliau juga ingin menegaskan bahawa generasi muda Malaysia akan terus menjadi sebahagian yang sangat signifikan dan penting kepada negara ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Ogos 2015 @ 12:59 PM