Kebanyakan wanita sentiasa ingin kelihatan muda, cantik, sihat dan mempunyai bentuk badan yang menarik. Justeru, mereka sanggup menghabiskan wang untuk pelbagai produk tanpa mengira kandungan dan kesan sampingan.

Jangan terkejut kerana ada kecantikan mengandungi bahan kimia yang berbahaya kepada kesihatan. Persoalannya, apakah cara paling mudah dan selamat memiliki kulit cantik dan berseri?

Jawapannya ada di dalam herba tradisional. Malah ramai sainstis Barat tertarik dengan khasiat herba tempatan yang sering ditemui di dapur kita.

Lengkuas

Lengkuas keluarga halia dan rupa bentuk serta rasanya hampir sama dengan halia.

Ia merawat penyakit limpa bengkak dengan cara merebus dua lengkuas sebesar ibu jari, tiga temu lawak sebesar ibu jari, segenggam daun dukung anak (segar atau kering) dan tiga cawan air hingga mendidih.

Air ini kemudian diminum dua kali sehari, pagi dan malam. Lengkuas juga meningkatkan peredaran darah dalam tubuh.

Mungkin tidak diketahui ramai, lengkuas juga mampu mencegah mabuk laut dan mual. Kunyah beberapa hiris lengkuas segar dan rasa mual akan hilang dengan cepat.

Buah pala

Buah pala kerap digunakan sebagai jeruk manakala pucuknya dijadikan ulam. Kajian Universiti Connecticut mendapati buah pala baik untuk untuk mengeluarkan angin dalam perut.

Limau purut

Limau purut mengandu-ngi asid sitrik semula jadi yang membantu mengekalkan kelembapan kulit. Ia membantu merawat kulit kepala, luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.

Serai

Serai selalu digunakan dalam masakan seharian dan pembuatan minyak wangi, tetapi tumbuhan itu mempunyai ciri-ciri antikulat bagi menurunkan berat badan, melancarkan pembuangan air kecil, membaiki aliran darah serta menyegarkan tubuh badan.

Minyak kayu putih

Minyak kayu putih membantu penyembuhan penyakit kulit seperti luka pada kulit atau infeksi kulit. Aroma khasnya dapat mengurangkan sakit sendi, menenangkan fikiran serta tubuh dan menjadikan tubuh lebih ringan.

Ia juga kaya dengan sumber vitamin E untuk membuatkan kulit lebih halus dan mulus serta berkesan dalam menghilangkan parut atau 'stretch mark' pada badan.

Halia

Ekstrak halia banyak digunakan sebagai campuran dalam perubatan tradisional dan moden bagi melembutkan perut, membantu penghadaman makanan, mengeluarkan angin dari dalam tubuh, merawat kesan gatal gigitan serangga, melegakan demam dan merawat resdung.

Daun pudina

Daun pudina baik untuk mengurangkan masalah ketidakhadaman, sakit kepala, jerawat, masalah mulut, asma, masalah haid wanita dan mengurangkan masalah kemurungan.

Cengkih

Ia membantu mengatasi masalah kembung perut, masuk angin, sakit kepala, demam campak. Turut memberi kesan yang hangat bagi menjadi peransang untuk antiseptik.

Avokado

Kajian Wesley Medical Centre, Brisbane mendapati avokado mengandungi kandungan gula yang rendah dan tiada garam tetapi kaya dengan vitamin iaitu C, E dan K.

Ia mengandungi antioksida dan potasium untuk mengelak daripada penyakit radang sendi, serangan jantung dan kanser.

Layari www.anugerahquran.com dan laman facebook https://www.facebook.com/anugerahqurann untuk maklumat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 November 2014 @ 5:00 AM