Oleh Ardini Sophia Sina


Mungkin ada mengatakan dia sombong jika bersua kerana wajah serius dan tiada senyuman terukir di bibirnya. Namun sebaik disapa, dia sebenarnya seorang yang periang, peramah dan suka berjenaka.

Hakikatnya, tidaklah sukar untuk mendekati penyanyi muda, Aisyah Aziz, 21, yang mula dikenali sejak menyertai program realiti Akademi Fantasia 2013.

Aisyah akui ketika itu timbul kebimbangan di hatinya dan sering bertanya-tanya, adakah kehadirannya diterima dengan baik peminat muzik di Malaysia. Namun semuanya berubah apabila dia berjaya membuktikan kemampuannya.

Tidak cukup dengan itu, pada awal pembabitannya, Aisyah juga berhadapan dengan bayangan abangnya, Aliff Aziz yang terlebih dulu mencipta nama di Malaysia.

Dia juga berjaya keluar daripada bayangan itu dengan mempertaruhkan bakat serta kelainan yang ada pada dirinya. Sekarang, Aisyah mampu menarik nafas lega kerana memiliki peminat sendiri dalam kalangan rakyat Malaysia.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Ogos 2015 @ 5:30 AM