Oleh Mai Amalina Mohd Amin dan Siti Nor Hidayatidayu Razali

Tanah Merah: Kerajaan akan memberi penjelasan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada akar umbi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, berkata isu itu perlu diperjelaskan kepada semua yang mahu tahu permasalahan dan latar belakang mengenainya.

"Saya sendiri bersama beberapa sahabat (kerajaan) akan perjelaskan perkara itu supaya ia mudah difahami.

"Selain itu, saya juga akan memperjelaskan berhubung dana politik sebanyak RM2.6 bilion berkenaaan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Tanah Merah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1, di sini, hari ini.

Beliau berkata, dokumen dana politik berkenaan dilihat sendiri oleh beliau.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Ogos 2015 @ 8:43 PM