NORAIDA (kanan) melihat keadaan Adam.
NORAIDA (kanan) melihat keadaan Adam.
Oleh Omar Osman

Sungai Petani: Seorang pemandu lori terpaksa berhenti kerja bagi menjaga anak lelakinya berusia sembilan tahun yang menghidap Pfeiffer Syndrom atau tengkorak kepala tertutup awal sejak lahir.

Norisam Mohd Jaafar, 35, dari FELDA Kumai, Triang, Pahang bersama isterinya, Khairiyah Shamsudin, 38, berkata, mereka menghadapi masalah kewangan bagi menampung kos rawatan anak mereka Adam Hamka.

Menurutnya, setiap bulan, dia memerlukan lebih RM1,000 bagi membeli ubat-ubatan, susu dan lampin pakai buang untuk anak bongsu daripada tiga beradik itu.

“Keadaan bertambah rumit apabila saya terpaksa berhenti kerja bagi memberi tumpuan kepada Adam, malah isteri juga tidak bekerja. Kami hanya bergantung kepada bantuan diterima selain upah hasil kerja kampung.

“Sejak disahkan menghidap Pfeiffer Syndrom, Adam sudah dua kali menjalani pembedahan awal dan kini menunggu tarikh pembedahan ketiga. Pembedahan pertama bagi membetulkan salur pernafasannya manakala pembedahan kedua memasukkan tiub kecil untuk mengeluarkan air dari kepalanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Ogos 2015 @ 7:15 AM