ANGGOTA penguat kuasa MPKB-BRI merampas perkakasan  milik restoran popular terbabit, kelmarin.
ANGGOTA penguat kuasa MPKB-BRI merampas perkakasan milik restoran popular terbabit, kelmarin.
Oleh Siti Nadzirah Che Mud

Kota Bharu: Sebuah restoran, di sini, yang menawarkan perkhidmatan berkonsepkan hotel lima bintang mempunyai 33 notis kompaun Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) berikutan beroperasi tanpa lesen perniagaan.

Berikutan itu, restoran popular kerana hiasan replika pesawat itu dikenakan tindakan kelmarin apabila kerusi dan meja makan dirampas.

Setiausaha MPKB-BRI, Rosnazli Amin berkata, pihaknya sudah beberapa kali memberi amaran kepada pemilik restoran itu supaya menghentikan operasi termasuk mengemukakan notis kompaun 33 keping.

Namun, katanya, keengganan pihak berkenaan mematuhi arahan menyebabkan tindakan tegas diambil iaitu merampas perkakas seperti meja dan kerusi milik restoran.

“30 kompaun dikeluarkan mengikut Undang-Undang Kecil Iklan 1990 dan tiga lagi mengikut Undang-Undang Kecil Pengawalan dan Penyeliaan Establishment Makanan MPKB 1987.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Ogos 2015 @ 5:18 AM