Oleh Georgie Joseph

Shah Alam: Konsert minggu keempat Akademi Fantasia (AF) 2014 di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam tadi memperlihatkan penyingkiran pelajar dari Johor, Muna.

Muna atau nama sebenarnya Muna Shahira Munadir, 20, mendendangkan lagu popular Ziana Zain, Kekal.

Dengan penyingkiran itu tinggal sembilan lagi peserta akan meneruskan perjuangan dalam AF2014.

Mereka adalah adalah Azwan yang membawakan lagu Aduh pada malam tadi, Adel (Kesetiaan), Nuha (Sebelah Jiwaku) , Nina (Dondang Dendang) Zarif (Gerimis Mengundang), Ewal (Lena Diulit Intan), Ziha (Seandainya Masih Ada Cinta), Firman (Samrah Mentari) dan Aman (Tak Pernah Berjumpa).

Konsert malam tadi menampilkan juri dan penyanyi undangan Ziana Zain bersama juri tetap Datuk Ramli MS dan Raja Azura. Artis undangan lain adalah Jaclyn Victor dan Mel Wings. Ia dihoskan Faizal Ismail dan Zizan Razak.

Untuk tugasan malam tadi pelajar berkenaan dikehendaki menyanyikan lagu popular ciptaan komposer Ajai, Pak Ngah, Edry KRU dan Saari Amri.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 September 2014 @ 12:18 AM