TEBING  tinggi tiba-tiba runtuh sebelum menutupi kedua-dua laluan jalan.

Oleh Ardyhansah Amat

Kota Belud: Jalan raya di Kilometer 28 Jalan Ranau-Tamparuli di Kampung Kiau, Kota Belud terputus sepenuhnya selepas berlaku tanah runtuh di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 1.50 petang itu, tebing tinggi di lokasi kejadian tiba-tiba runtuh sebelum menutupi kedua-dua laluan sehingga menyebabkan jalan raya di situ terputus sepenuhnya.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri Wilis Ansoi mengesahkan kejadian tersebut, ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, sehingga kini kerja pembersihan jalan sedang giat dijalankan dan akan mengambil masa beberapa jam untuk dibuka kepada laluan orang ramai.

Tambahnya, kejadian itu berpunca akibat hujan lebat yang berlaku di kawasan tersebut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 November 2014 @ 5:39 PM