S Subramaniam.  FOTO Mohd Fadli Hamzah
S Subramaniam. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Oleh Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Harga mininum sekotak rokok akan dinaikkan kepada RM9 pada 1 Ogos ini berbanding RM7 sekotak buat masa ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri S Subramaniam berkata,harga mininum rokok itu kemudian akan dinaikkan kepada RM10 bermula 1 Ogos 2016.

Dalam pada itu, Subramaniam berkata, bermula 1 Januari 2016, taman awam kecuali tempat letak kereta terbuka akan diwartakan sebagai tempat dilarang merokok.

"Malah, beberapa kawasan tumpuan awam seperti tapak perkhemahan, menara tinjau dan laluan kanopi (jambatan gantung) di Taman Negara juga akan diwartakan sebagai tempat dilarang merokok," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Julai 2015 @ 5:58 PM