MANGSA maut di temat kejadian. FOTO ihsan Bomba
MANGSA maut di temat kejadian. FOTO ihsan Bomba
Oleh Shamsul Munir Safini


Butterworth: Lelaki 49 tahun maut dalam kemalangan di Kilometer 136.6 lebuh raya PLUS arah utara dekat Seberang Jaya, di sini, 11.45 tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa yang menunggang motosikal dipercayai bergesel dengan lori kontena di lebuh raya berkenaan sebelum gagal mengawal kenderaannya.

Akibatnya mangsa terbabas sebelum terseret ke bahu jalan dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Mangsa yang berasal dari Taman Penaga, Penaga maut di tempat kejadian.

Jurucakap polis berkata, jenazah mangsa kemudian dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) bagi tindakan selanjutnya.

Keterangan daripada pemandu lori kontena berkenaan berhubung kejadian juta akan diambil, katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Julai 2015 @ 3:19 PM