Jayapura, Indonesia: Gempa bumi sekuat 7.0 magnitud berpusat di kawasan pergunungan Papua, wilayah Indonesia di timur negara itu, merosakkan beberapa rumah serta menyebabkan seorang remaja lelaki hilang.

Gempa bumi itu melanda pada jam 1.41 petang tadi, berpusat di 247 kilometer barat Jayapura, iaitu bandar utama Papua, pada kedalaman 52 kilometer.

“Gegaran gempa itu dirasai amat kuasa selama empat saat menyebabkan orang ramai panik dan berlari keluar dari rumah,” kata jurucakap jabatan bencan Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho.

Sebuah rumah runtuh dan sebuah lagi rosak di Kasonaweja, tidak jauh dari pusat gempa.

Seorang budak lelaki berusia 15 tahun yang sedang memancing di tepi sungai, hilang selepas terjatuh ke dalam sungai. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Julai 2015 @ 4:01 PM