Mat Ropi diiringi anggota polis selepas dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan satu sebatan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, pagi tadi. FOTO Zaman Huri Isa
Mat Ropi diiringi anggota polis selepas dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan satu sebatan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, pagi tadi. FOTO Zaman Huri Isa
Oleh Muhamaad Razis Ismail


Kota Bharu: Seorang penganggur berusia 30 tahun dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan satu sebatan di Mahkamah Sesyen, di sini, pagi tadi selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan merogol remaja perempuan berusia 13 tahun, April lalu.

Hakim Mohd Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd Rezza Fitri Sepei yang turut dikenali sebagai Mat Ropi mengaku bersalah terhadap tuduhan.

Mahkamah memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 22 April 2015.

Mengikut pertuduhan tertuduh didakwa merogol mangsa di tanah kosong berhampiran kebun getah di Kampung Tegayong, Melor di sini pada 11 malam, 19 April 2015.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(b) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mariah Omar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Julai 2015 @ 12:55 PM