PENIAGA menyusun biskut raya di Jalan Tunku Abdul Rahman.
PENIAGA menyusun biskut raya di Jalan Tunku Abdul Rahman.
Oleh Mahaizura Abd Malik

Kuala Lumpur: Trend pembelian biskut raya semakin berkurangan tahun ini berikutan harga makanan yang sinonim dijadikan kudapan untuk tetamu pada Aidilfitri itu semakin meningkat di samping kenaikan harga barangan lain.

Harga biskut raya yang direkodkan secara rambang di kebanyakan tempat seperti Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Ampang antara RM25 hingga RM38 satu bekas balang bergantung kepada jenis manakala Shah Alam dan Johor Bahru masing-masing berharga RM35 serta RM25 hingga RM30.

Tinjauan Harian Metro di beberapa lokasi di ibu negara semalam, mendapati aktiviti pembelian biskut raya hambar apabila orang ramai lebih gemar mengunjungi premis pakaian dan kelengkapan lain.

Peniaga biskut Jalan TAR, Fara Diana Kamaruddin, 34, berkata, peningkatan harga bahan asas yang dinaikkan pembekal menyebabkan pengusaha biskut sepertinya terpaksa menaikkan harga kudapan itu tahun ini.

“Hampir semua bahan asas seperti mentega, tepung, coklat masakan dan bekas kuih harganya dinaikkan pembekal dengan alasan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selain faktor kenaikan harga minyak.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Julai 2015 @ 7:30 AM