Buckenburg (Jerman): Seorang wanita cuba menamatkan hubungan sulitnya dengan berpura-pura mati.

Dia berusaha meyakinkan kekasih gelapnya bahawa dia sudah mati dengan mengguna sos tomato sebagai darah dan menghantar imejnya dengan ‘darah’ itu kepada lelaki berkenaan.

Pasangan itu yang masing-masing sudah berumah tangga, menjalinkan hubungan sulit selepas berkenalan menerusi Internet.

Tetapi apabila wanita itu cuba menamatkan hubungan mereka, kekasihnya berang dan menghantar imej berahi mereka kepada suaminya.

Sebagai tindak balas, dia dan suaminya mengambil keputusan untuk berpura-pura mati, kononnya dalam satu kejadian ngeri, dan menggunakan sos tomato sebagai darah.

Mereka kemudian menghantar gambar itu kepada lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, rancangan itu gagal apabila lelaki terbabit menelefon polis untuk melaporkan ‘kemalangan itu.’

Polis melancarkan siasatan dan dalam masa singkat mengesahkan imej itu palsu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Julai 2015 @ 7:16 AM