Kuala Lumpur: Skuad badminton negara tidak menghadapi masalah menewaskan Macau 5-0 pada aksi Kumpulan C Kejohanan Remaja Asia 2015 di Bangkok, Thailand, semalam.

Hasil kemenangan itu, Malaysia muncul naib juara kumpulan dan menempah slot ke suku akhir.

Sebelum ini, Malaysia menewaskan Singapura 5-0, namun tumpas kepada Korea Selatan 1-4 pada perlawanan pembukaan.

Beregu campuran, Tan Jinn Hwa/Anna Cheong Ching Yik menampilkan permulaan baik buat Malaysia apabila mengalahkan Ng Weng Chi/Lou Hok Man 21-7, 21-8, sebelum perseorangan remaja lelaki Lee Zii Jia menjadikan 2-0, selepas menumpaskan Iek U Leong 21-18 dan 21-6.

Aaron Chia Teng Fong/Sim Guo Zheng mengesahkan kemaraan Malaysia ke suku akhir dengan kemenangan 21-9 dan 21-16 ke atas Chua Pui Ngai/Pui Pang Fong manakala Lee Ying Ying tidak berdepan masalah mengatasi Chan Kit Lei 21-18, 21-5. – BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Jun 2015 @ 8:35 AM