CHIK Omar (tengah) menunjukkan rokok yang dirampas. FOTO Mohd Fadli Hamzah
CHIK Omar (tengah) menunjukkan rokok yang dirampas. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Oleh Ainul Fatihah Mansor


Sepang: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan satu cubaan penyeludupan lapan juta batang rokok putih jenama Luffman bernilai anggaran RM400,000 pada 24 Jun lalu.

Pengarah Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Datuk Chik Omar Chik Lim berkata, kejadian berlaku pada 5 petang apabila kontena berukuran 12.2 meter ditahan anggota JKDM KLIA di pelabuhan Barat, Port Klang, Selangor.

Beliau berkata, dagangan itu tiba di pelabuhan pada 18 Mei lalu dan diikrarkan sebagai produk plastik sebanyak 928 karton antaranya copstik dan botol plastik.

"Bagaimanapun, pemeriksaan yang dijalankan mendapati ia mengandungi rokok putih jenama Luffman sebanyak 800 kotak (40,000 karton / lapan juta batang) bernilai RM400,000 dengan cukai RM4 juta.

"Ekoran kejadian itu, lelaki rakyat tempatan berusia 40-an yang bekerja di ejen penghantaran ditahan bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Jun 2015 @ 12:05 PM