KENYATAAN KPN di Twitter.
KENYATAAN KPN di Twitter.
Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Ayusliza Azizan

Shah Alam: Polis Selangor menembak mati tiga anggota geng pecah rumah yang menyerang polis ketika cuba ditahan di Seksyen U9, di sini, kira-kira 1.45 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, sebelum itu, kumpulan sama dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah di Seksyen U10 namun gagal selepas sistem penggera rumah berkenaan berbunyi.

Katanya, bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis yang menjalankan rondaan mengesan suspek sebelum cuba menahan mereka.

"Dua daripada suspek kemudian menyerang polis menggunakan parang sehingga memaksa polis melepaskan beberapa das tembakan yang menyebabkan tiga lelaki terbabit rebah.

"Pemeriksaan lanjut mengesakan tiga suspek mati akibat terkena tembakan dan polis menemui sepucuk pistol angin, parang dan beberapa peralatan pecah rumah," katanya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya juga mengucapkan tahniah kepada pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Selangor atas kejayaan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Jun 2015 @ 9:53 AM