SEORANG penunggang motosikal yang maut apabila tiga motosikal bergesel.
SEORANG penunggang motosikal yang maut apabila tiga motosikal bergesel.
Oleh Shamsul Munir Safini

Seberang Jaya: Seorang maut, seorang putus tangan manakala seorang lagi koma akibat pendarahan otak. Itu nasib dialami tiga remaja lelaki berusia 19, 20 dan 22 tahun selepas motosikal ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan ngeri dipercayai akibat berlumba di Kilometer (KM) 7.9 Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, ketiga-tiga mereka dipercayai berlumba menghala ke Seberang Jaya sebelum terbabas dan merempuh besi penghadang jalan di situ apabila motosikal ditunggang bergesel sesama sendiri.

Difahamkan, remaja berkenaan iaitu Mohamad Adham Osman, 20, meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya Abdul Rahim Ismail, 22, putus tangan dan Mohammad Salihin Abdullah, 19, koma akibat pendarahan teruk di bahagian otak.

Sumber polis berkata, berdasarkan keterangan saksi, kejadian berlaku apabila Mohamad Adham menunggang secara bersaing dengan sebuah lagi motosikal ditunggang Abdul Rahim di laluan utama lebuh raya itu.

Katanya, mereka menunggang dengan laju di laluan utama lebuh raya dan tidak menggunakan laluan motosikal yang diwajibkan kepada penunggang motosikal.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Jun 2015 @ 8:48 AM