PENARI kanak-kanak menunjukkan cara mencegah serangan bakteria.
PENARI kanak-kanak menunjukkan cara mencegah serangan bakteria.
KRISHNAMURTHY (belakang tiga dari kiri) dan Chen (belakang dua dari kanan) bergambar bersama penari kanak-kanak dan rangkaian penjagaan badan serta tangan antibakteria yang baru.
KRISHNAMURTHY (belakang tiga dari kiri) dan Chen (belakang dua dari kanan) bergambar bersama penari kanak-kanak dan rangkaian penjagaan badan serta tangan antibakteria yang baru.
Oleh Hajahfarhana Tarmudi


Sudah menjadi kebiasaan kanak-kanak aktif yang sedang membesar sering menggunakan tangan ketika meneroka barangan baru yang jarang dilihat sama ada di dalam mahupun luar rumah atau di pusat beli-belah.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), menjaga kebersihan tangan satu langkah paling penting dan mudah yang boleh kita ambil untuk mengelakkan jangkitan penyakit dan penyebaran kuman.

Tangan antara anggota yang banyak organisma halus sama ada bakteria, virus atau alga. Dalam sehari, ratusan permukaan yang kita sentuh. Di atas permukaan inilah adanya pelbagai organisma halus termasuk bakteria dan virus yang menjadi punca penyakit.

Tangan juga ejen pengangkutan paling cekap memindahkan bakteria dan virus kerana apabila menyentuh muka terutama mata, hidung atau mulut, organisma halus ini terus sampai ke pintu masuk badan kita.

Ada banyak penyakit yang boleh tersebar melalui sentuhan seperti jangkitan saluran pernafasan (selesema, influenza, demam), penyakit tangan, kaki dan mulut, masalah pada usus dan hepatitis A yang disebabkan makanan tercemar kerana tidak mencuci tangan dengan bersih.

Kanak-kanak lebih mudah terdedah kepada risiko mendapat cirit-birit. Jurnal perubatan Lancet (2003) melaporkan, setiap tahun lebih 3.5 juta kanak-kanak berumur bawah lima tahun meninggal dunia akibat cirit-birit dan jangkitan akut pada saluran pernafasan bawah.

Kematian ini banyak berlaku di negara membangun khususnya dalam komuniti berpendapatan rendah. Beberapa kajian mendapati mencuci tangan dengan sabun boleh mengurangkan insiden cirit-birit dalam kalangan kanak-kanak kecil di negara membangun.

Kajian di negara maju pula (Australia, Kanada dan Amerika Syarikat) menunjukkan kempen mencuci tangan dapat mengurangkan 12 hingga 32 peratus kes jangkitan saluran pernafasan.

Justeru, cara mudah dengan mencuci tangan menggunakan sabun boleh mengurangkan kadar cirit-birit dalam kalangan kanak-kanak. Memahami kepentingan membasuh tangan kepada kanak-kanak, Carrie memperkenalkan rangkaian sabun mandi dan tangan antibakteria, Carrie Bac Buster.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Winpro Unza (M) Sdn Bhd, Sriram Krishnamurthy, jenamanya sentiasa melakukan pembaharuan dan membangunkan formula terkini bagi memenuhi keperluan ibu bapa yang mahukan produk sesuai dengan anak mereka.

“Kami memperkenalkan rangkaian produk antibakteria terbaru bagi membantu si kecil sentiasa dilindungi daripada jangkitan bakteria serta kekal sihat.

“Rangkaian mandian dan pencuci tangan ini dicipta untuk kanak-kanak berusia tujuh tahun dan ke atas kerana sekitar usia berkenaan, si kecil aktif meneroka dan mempelajari perkara baru yang berlaku di sekeliling mereka,” katanya.

Pengurus Pemasaran Wipro Unza (M) Sdn Bhd, Edward Chen pula berkata, mendidik anak kecil dengan amalan kebersihan diri adalah cara terbaik bagi mencegah jang­kitan yang disebarkan melalui bakteria dan virus berbahaya.

“Keseronokan pada diri kanak-kanak terhad dan ia bergantung kepada imaginasi mereka. Justeru, kami mahu mendidik kanak-kanak cara betul menangani jangkitan terhadap bakteria berbahaya dengan membenarkan si kecil mencipta daya imaginasi sendiri untuk melawan kehadiran organisma halus itu di sekeliling mereka.

“Ini sekali gus menggalakkan kanak-kanak menggunakan sabun mandian badan dan cucian tangan antibakteria bagi menjaga kebersihan serta mengekalkan kesihatan diri sendiri,” katanya.

Rangkaian penjagaan kebersihan badan itu bebas sabun, alkohol dan paraben yang selamat serta lembut untuk kulit kanak-kanak. Ia turut diperkenalkan dengan rangkaian wangian buah-buahan yang sesuai dengan keceriaan si kecil, selain mengandungi pelembap berasaskan sumber tumbuhan yang membantu mengekalkan keseimbangan lembapan kulit di samping memberi perlindungan terhadap serangan bakteria berbahaya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Jun 2015 @ 10:59 AM