Oleh Siraj Mohd Zaini


Kuala Lumpur : Polis sudah merekodkan keterangan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz minggu lalu berikutan kenyataannya kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis sudah membuka kertas siasatan mengenai isu terbabit dan menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan membiarkan pihak polis membuat siasatan terhadap perkara itu.

"Biarlah kita jalankan siasatan, eloklah tiada sesiapa lagi yang memperkatakan isu ini kerana ia sensitif.

"Janganlah ada pihak yang timbulkan balik, sudahlah tu," katanya.

Difahamkan, Nazri akan disiasat di bawah Seksyen 505B Kanun Keseksaan berikutan kenyataan beliau terhadap Tunku Ismail yang boleh menyebabkan kemarahan orang ramai.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Jun 2015 @ 4:47 PM