Kemunculan artis yang tampil berhijab kebelakangan ini SS lihat bagaikan satu ‘trend’. Seorang demi seorang tampil bertudung litup.

Jika betul niat mereka berhijab kerana Allah SWT baguslah, tetapi janganlah menjadi seperti segelintir artis yang berhijab kerana me­ngikut trend masa kini, sudahnya pakai tak lama kembali kepada ‘bentuk’ asal.

Selepas Erra Fazira, SS lihat seorang lagi pelakon, Zarina Zainuddin tampil berhijab sejak awal Ramadan lalu. Boleh dikatakan semua gambarnya yang dimuat naik di laman Instagram miliknya sudah berhijab sepenuhnya.

Tidak pastilah SS adakah pemakaian itu kerana menghormati Ramadan atau pun memang dia sudah berniat mahu bertudung selamanya. Jika betul dia mahu bertudung selamanya baguslah dan nasihat SS biarlah ia dilakukan ikhlas kerana Allah SWT, bukan kerana terikut kawan-kawan.

Tidak SS nafikan ­sekarang ini mahu berhijab pun banyak cabarannya. Hanya kerana orang puji kita cantik bertudung terus pakai, sudahnya sendiri rimas dan tidak bertahan lama.

Apa pun SS doakan semoga penghijrahan Zarina itu kekal dan rezekinya dalam bidang lakonan terus murah.

SS: Allah SWT sentiasa mendengar rintihan hamba-Nya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Jun 2015 @ 10:46 AM