Zhengzhou (Beijing): Mayat sepasang kekasih muda semalam ditemui sebelum dikeluarkan dari Tasik Lai di wilayah Henan kelmarin apabila dikatakan memilih menamatkan riwayat bersama selepas bertengkar.

Pasangan itu dikatakan bergaduh sebelum keduanya terjun ke dalam tasik berkenaan.

Ssaksi memberitahu polis, sebelum kejadian dia ternampak pasangan itu sedang minum bersama sebelum tiba-tiba pergaduhan tercetus antara keduanya.

Menurutnya, berdasarkan pemerhatiannya pertengkaran disebabkan disebabkan keluarga masing-masing tidak merestui hubungan mereka.

Wanita itu kemudian cuba terjun ke dalam tasik sebelum cuba dihalang teman lelakinya namun tidak berjaya menyebabkan lelaki terbabit turut terjun.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Jun 2015 @ 8:27 AM