Oleh Hairulazim Mahmud


Kuala Lumpur: DAP mendakwa pakatan pembangkang bersama PAS dan PKR sudah musnah.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa, pakatan berkenaan yang diasaskan pada 1 April 2008 kini tidak lagi wujud.

Beliau menuduh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai punca kehancuran kesepakatan itu berdasarkan beberapa isu yang berlaku sebelum ini.

"€œDalam beberapa insiden sepanjang tahun lalu termasuk krisis Menteri Besar Selangor, keputusan itu dicabuli Abdul Hadi yang mengakibatkan muafakat pakatan hampir lumpuh.

"€œKeadaan pakatan pembangkang yang hampir lumpuh ini direncatkan lagi dengan kerelaan Abdul Hadi untuk membentuk sebuah kerajaan perpaduan bersama UMNO,"€ dakwanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Jun 2015 @ 4:19 PM