Anda mungkin mahu memperkenalkan saluran stream televisyen anda sendiri secara ‘online’ yang boleh dilakukan hanya melalui aplikasi My.TV.

Aplikasi terbabit membolehkan anda membawa siaran langsung pelbagai acara menggunakan kamera telefon pintar yang terdapat padanya.

Bagaimanapun, anda memerlukan rangkaian Internet yang pantas dan tambahan kuasa bateri memandangkan ia cepat menghabiskan pengguna.

My.TV juga berbentuk sosial apabila yang membolehkan anda mengumpul pengikut saluran anda tersendiri atau menjadi pengikut saluran lain melalui beberapa topik ditawarkan.

Selain iOS, aplikasi sama juga menyokong platform Android dan anda perlu membuka akaun terlebih dulu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Jun 2015 @ 1:42 PM