Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Petra Jaya: Kerajaan Pusat bersedia berunding dengan Kerajaan Negeri untuk menurunkan kuasa beberapa agensi Persekutuan kepada kerajaan negeri bagi memudahkan pelaksanaan pentadbiran.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan perkara yang dituntut kerajaan negeri akan dibincangkan dengan teliti.

"Ini kita akan runding, kerana jika agensi kerajaan negeri boleh melaksanakannya dengan lebih baik, kita akan turunkan kuasa.

"Selama ini, kuasa banyak di Putrajaya dan sudah masa kuasa diturunkan kepada Jabatan di peringkat Kerajaan Negeri," katanya ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat #sarawakuntuknajib di Stadium Perpaduan di sini, sebentar tadi.

Lebih 12,000 penyokong BN hadir dalam majlis itu.

Hadir sama Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu dan menteri kabinet negeri.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Jun 2015 @ 1:18 PM