LOKASI mayat ditemui.
LOKASI mayat ditemui.
Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Tukang gunting rambut warga India ditemui mati terbaring di kedainya di Jalan Bukit Bintang di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 12.10 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Surjeet Singh maut dipercayai selepas berlakunya pertengkaran dengan penjaga hotel berhampiran yang juga warga Pakistan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian selain dimaklumkan suspek melarikan diri ke hotel berhampiran sebaik selepas kejadian.

"Anggota kami terus membuat tangkapan ke atas suspek yang berada di tangga naik hotel manakala mangsa ditemui sudah tidak bernyawa dalam keadaan meniarap di dalam kedai gunting rambut.

"Siasatan awal mendapati berlakunya pergaduhan di antara mangsa dengan suspek sebelum kejadian berlaku," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Jun 2015 @ 4:25 PM