Oleh Nazarali Saeril


Serdang: Jalinan kerjasama melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) membabitkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mampu menjadikan Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) sebagai destinasi agropelancongan negara.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana,MAEPS Agrotourism Park bukan saja mensasarkan pelancong asing, malah pelajar, penuntut institusi pengajian tinggi(IPT) serta golongan profesional untuk berkunjung ke sini.

"Saya yakin kemudahan infrastruktur serta produk pelancongan di MAEPS seperti Laman sayur, Laman Herba dan Ladang Mini Kelulut boleh dimaksimumkan untuk menarik kehadiran pengunjung.

"Saya juga cadangkan supaya diperbanyakkan aktiviti interaktif di laman agro sedia ada kerana pengunjung bukan setakat datang untuk melihat malah mereka juga ingin merasai sendiri aktiviti pendidikan tani sambil berhibur (agri-edutainment) secara santai," katanya tadi.

Beliau berkata demikian pada pelancaran MAEPS Agrotourism Park, Serdang di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Jun 2015 @ 4:03 PM