Jakarta: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) semalam mengumumkan kos mengerjakan ibadah haji untuk tahun ini diturunkan.

Katanya, kos mengerjakan haji diturunkan dari AS$3,219 (RM11,752) kepada AS$2,717 (RM9,918).

“Alhamdulillah, penurunan ini dapat dilakukan hasil usaha penjimatan yang dilaksanakan,” katanya.

Katanya, penurunan kos mengerjakan haji itu ditandatangani beliau dalam perintah presiden.

“Daripada perintah itu Kementerian Agama melakukan langkah-langkah yang lebih cekap.

“Hasil daripada langkah ini, kos mengerjakan ibadah haji pada 2015 mengalami penurunan yang cukup signifikan berbanding tahun sebelumnya,” jelasnya.

Penurunan itu, kata Jokowi, dilaksanakan hasil langkah penjimatan Kementerian Agama terhadap laluan penerbangan, pengangkutan darat dan lokasi penempatan jemaah di Mekah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mei 2015 @ 12:32 PM