HAMPIR 300 rumah terbakar di Kampung Gersik Saguking. FOTO ihsan pembaca
HAMPIR 300 rumah terbakar di Kampung Gersik Saguking. FOTO ihsan pembaca
Oleh Junaidi Ladjana


Labuan: Kira-kira 2,000 penduduk tinggal sehelai sepinggang apabila hampir 300 rumah di Kampung Gersik Saguking, dekat sini, musnah dalam kebakaran, petang tadi.

Bagaimanapun, tiada tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian 5.50 petang itu selepas semua penghuni rumah berjaya menyelamatkan diri.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan, Ahmad Azmir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 5.55 petang sebelum menghantar 56 anggota termasuk pegawai bersama enam jentera.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kebakaran sudah mula merebak sebelum anggota bomba melakukan pemadaman api bagi mengelak lebih banyak rumah yang musnah.

"Setakat ini, kira-kira 200 hingga ke 300 rumah musnah membabitkan hampir 2,000 penduduk hilang tempat tinggal, " katanya ketika dihubungi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Mei 2015 @ 10:03 PM