RAJA Farah di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi mendengar pengakuan lafaz talak. FOTO Ghazali Kori
RAJA Farah di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi mendengar pengakuan lafaz talak. FOTO Ghazali Kori
Oleh Nor Azura Abdul Jalil


Kuala Lumpur: Pelakon, Raja Farah Raja Aziz sah bercerai talak satu dengan suaminya, Megat Bashirun Qhuyum Zakaria di Mahkamah Rendah Syariah tadi.

Megat Bashirun Qhuyum, 30, melafazkan talak satu itu pada prosiding tertutup di hadapan Hakim Syarie Umamuddin Yunus.

Pada prosiding itu, Raja Farah selaku plaintif diwakili peguam syarie, Muhammad Hafiz Roslan manakala Megat Bashirun Qhuyum tidak diwakili peguam.

Raja Farah, 27, selaku plaintif memfailkan permohonan cerai itu pada 5 Mei lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Pelakon utama filem Salon ini bernikah dengan Megat Bashirun Qhuyum, 30, pada 12 November 2010 namun tidak dikurniakan cahaya mata.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Mei 2015 @ 10:20 AM