Oleh Isma Ismail

Kota Tinggi: Seorang pengarah syarikat perkapalan dan kapten kapal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, hari ini atas pertuduhan menyimpan diesel tanpa kebenaran.

Tew Sing Yaw, 46, dan Agustinus Pasolo, 46, yang berasal dari Batam, Indonesia didakwa memiliki 235,060 liter tanpa kebenaran di perairan Kota Tinggi pada 18 Julai lalu.

Sing Yaw yang mewakili syarikatnya turut menghadapi satu lagi pertuduhan sama.

Mereka itu didakwa di hadapan Hakim Salawati Djambari.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Alison Chan May Kam, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Aziz Shukor.

Hakim menetapkan ikat jamin sebanyak RM50,000 terhadap Sing Yaw dan RM50,000 lagi untuk syarikatnya manakala Agustinus dikenakan ikat jamin sebanyak RM60,000.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Oktober 2014 @ 11:13 AM