PELANGGAN boleh mengedit dan mencetak digital, photobooks dan banyak lagi di kios layan diri di PhotoCentre.
PELANGGAN boleh mengedit dan mencetak digital, photobooks dan banyak lagi di kios layan diri di PhotoCentre.

Kuala Lumpur: Harvey Norman membuka cawangan baru yang dinaik taraf dan ditempatkan semula di MidValley Megamall, Kuala Lumpur bertujuan meningkatkan lagi pengalaman membeli-belah kepada pengunjung.

Pengarah Urusan Harvey Norman Singapura dan Malaysia, Kenneth Aruldoss berkata, pihaknya ingin memastikan pelanggan sentiasa boleh membeli-belah dengan selesa sambil menikmati tawaran terbaik daripada cawangan mereka.

Sebelum ini, pelanggan menikmati pengalaman membeli-belah terbaik sejak ia dibuka lapan tahun lalu dan penempatan semula ini menyediakan persekitaran membeli-belah lebih baik dan selesa kepada pelanggan di mana mereka turut berpeluang menikmati perkhidmatan serta tawaran menarik,” katanya pada majlis pembukaannya di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, cawangan itu menawarkan produk terkini perkakasan elektrikal, komputer, peralatan bilik tidur dan bertindak sebagai pusat sehenti yang selesa bagi masyarakat dari sekitar Kuala Lumpur.

“Langkah penting ini menunjukkan Harvey Norman adalah peruncit kompetitif yang bukan saja mampu memenuhi keperluan pelanggan, malah melebihi jangkaan mereka dan kami komited untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami setiap masa,” katanya.

Sempena pembukaan cawangan itu, pengunjung dipelawa untuk menikmati tawaran eksklusif di cawangan MidValley Megamall bermula pada 15 Mei hingga 14 Jun ini.

Pembeli juga boleh menikmati pelbagai tawaran tambah nilai di Harvey Norman seperti pilihan pembiayaan baru dikenali Pelan Pembayaran Go Easy bagi membolehkan pengalaman membeli-belah produk terbaru tanpa perasaan tertekan.

Selain itu, ‘Shop With Confidence’ membolehkan pelanggan mendapat jaminan harga di mana kami akan menandingi dan menambah 10 peratus daripada perbezaan harga jika pelanggan mendapati terdapat harga rendah di tempat lain.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mei 2015 @ 6:30 AM