HARRY
HARRY

London: Selaku jejaka paling layak untuk berumah tangga, Putera Harry sudah semestinya mampu memilih wanita mana saja untuk menjadi isterinya.

Tetapi Harry berkata, dia tidak dalam keadaan terdesak untuk mendirikan rumah tangga.

Malah, putera berusia 30 tahun itu berkata, dia gembira hidup membujang.

Bercakap dalam wawancara dengan Sunday Mirror, Harry menegaskan dia ‘amat gembira kerana tidak mempunyai teman wanita.’

Hubungan cintanya selama tiga tahun dengan Cressida Bonas, 26, disahkan sudah berakhir. Hubungannya dengan wanita warga Zimbabwe Chelsy Davy, 30, ditamatkan pada 2011.

Sementara itu, ketika bercakap kepada wartawan sebelum mengakhiri kunjungannya ke Australia dan New Zealand, Harry berkata, dia tidak sabar untuk bertemu dengan anak saudaranya yang dilahirkan baru-baru ini, Puteri Charlotte.

Kakak iparnya, Kate melahirkan anak kedua lima hari selepas Harry berlepas ke Australia dua minggu lalu. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mei 2015 @ 5:08 AM