NIKMATI pengalaman santai di Taman Fantasi.
NIKMATI pengalaman santai di Taman Fantasi.
ANTARA tarikan di Taman Fantasi.
ANTARA tarikan di Taman Fantasi.
ORNAMEN haiwan di Taman Fantasi yang pasti membuatkan anak anda teruja.
ORNAMEN haiwan di Taman Fantasi yang pasti membuatkan anak anda teruja.
BUNGA-BUNGAAN segar di Bustan Inggeris.
BUNGA-BUNGAAN segar di Bustan Inggeris.
SUASANA ceria di Taman Pinwheel.
SUASANA ceria di Taman Pinwheel.
Oleh Hartini Mohd Nawi


Berada di tapak kekal Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya adalah satu pengalaman baru kerana Floria Diraja Putrajaya kini mempunyai keindahan landskap taman tetap yang dibina untuk menarik perhatian pengunjung.

Menurut Pengarah Urusan Putrajaya Floria Sdn Bhd, Haslinda Khalid, selain ‘perubahan wajah’ di tapak kekal Anjung Floria, beberapa komponen lain kini dibangunkan bagi menawarkan sesuatu yang menarik.

“Semua komponen berkenaan diserikan dengan Persiaran Floria yang diberi wajah baru, lengkap dengan hiasan air berpancuran serta ‘entrance statement’ iaitu Anjung Floria,” katanya.

Beliau berkata, Taman Persahabatan China-Malaysia bercirikan taman ‘Lignan’ di selatan China.

“Ia simbolik kepada kewujudan hubungan diplomatik antara China dan Malaysia selama 40 tahun.

“Taman seluas 0.2 hektar ini dibangunkan dengan kerjasama Persatuan Persahabatan Malaysia-China (PPMC),” katanya.

Taman Fantasi pula berkonsepkan latar keindahan landskap dunia kanak-kanak ala ‘Alice in Wonderland.’

“Ia tambah menarik dengan pelbagai ornamen haiwan seperti kura-kura dan arnab,” katanya.

Sementara itu, di sudut khusus, landskap kejur seperti binaan batu bulat tampil dengan pelbagai warna.

Keunikan Bustan Inggeris pula menzahirkan suasana tenang sebuah taman.

“Ia dipenuhi bunga-bungaan segar seperti petunia, warna-warni dalam rona lembut termasuk ungu, biru dan merah jambu,” katanya.

Di Taman Pinwheel, ia dilengkapi menara jam dan bunga-bungaan hiasan pada roda pin yang berputar sebaik ditiup angin.

“Anda yang ingin membawa pulang aneka cenderahati termasuk kemeja-T, pelekat peti ais dan beg pelbagai guna, boleh mendapatkannya di Galleria D’Floria,” katanya.

Floria Diraja Putrajaya 2015 akan berlangsung dari 31 Mei hingga 7 Jun ini.

Layari www.floriaputrajaya.com.my atau Facebook putrajayafloria untuk maklumat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mei 2015 @ 5:02 AM