NELYDIA mahu hubungannya dengan Qi menuju ke fasa perkahwinan.
NELYDIA mahu hubungannya dengan Qi menuju ke fasa perkahwinan.
Oleh Ramlah Zainal


Setiap pasangan yang bercinta pasti mengimpikan perhubungan yang terjalin sekian lama menuju ke gerbang perkahwinan.

Begitu juga pasangan selebriti popular tanah air, Nelydia Senrose dan Qi Razali.

Namun sampai hari ini, ternyata Nelydia dan kekasihnya, Qi, masih belum memutuskan tarikh untuk mengikat tali pertunangan mahupun mengadakan majlis pernikahan mereka lagi walaupun sering diasak persoalan sama daripada pihak media mahupun peminat ketika ini.

Bukan ingin berteka-teki dengan peminat mengenai hari bersejarah, sebaliknya pemilik nama sebenar, Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen, 21, mengakui dia ingin memberi ruang kepada ibunya, Rosmizai Mohd Nor, 48, mengerjakan ibadah umrah ke Tanah Suci Makkah pada 29 Mei ini.

“Mama saya akan menunaikan umrah dalam tempoh terdekat ini dan saya tidak mahu mengganggu tumpuan mama untuk beribadah di sana.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mei 2015 @ 5:33 AM