Aplikasi antivirus dan ‘speed booster’ bagi telefon pintar.
Aplikasi antivirus dan ‘speed booster’ bagi telefon pintar.

Aplikasi antivirus antara kemestian bagi pengguna telefon pintar bagi memastikan gajet kesayangan tidak mengalami serangan virus, malware dan adware.

Aplikasi dibangunkan Qihoo 360, 360 Security yang boleh dimuat turun secara percuma ini memberi kelebihan kepada Nurain Abd Jalil, 29.

“360 Security bukan sekadar aplikasi antivirus, sebaliknya bertindak sebagai penambah kelajuan dengan mengurang­kan penggunaan aplikasi lain yang tidak diperlukan.

“Dengan satu sentuhan butang, aplikasi ini membebaskan memori telefon, sekali gus meningkatkan kelajuan RAM apabila membuka aplikasi lain.

“Menariknya, aplikasi ini juga ‘membersihkan’ fail sampah (junk), menjimatkan peng­gunaan bateri telefon dan memastikan gajet bebas virus.

“Penting menjaga privasi seperti SMS, gambar dan dokumen, 360 Security juga membolehkan saya menggunakan ‘privacy lock’ bagi tujuan itu,” katanya.

Selain mesra pengguna, aplikasi ini mudah dikendalikan dengan paparan maklumat lengkap, termasuk peratus muatan telefon, keupayaan kuasa bateri dan status bebas antivirus.

Bagi pengguna yang ingin memantau penggunaan data telefon, mereka boleh menetapkan aturan terhad dan menyemak status penggunaan menerusi aplikasi ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mei 2015 @ 1:06 PM