Agensi

Port Elizabeth, Afrika Selatan: Polis Afrika Selatan memburu tiga wanita yang disyaki menculik dan merogol dua lelaki sebelum mencuri air mani mangsa dalam dua kejadian berasingan, baru-baru ini.

Dalam kejadian pertama, seorang lelaki berusia 33 tahun diculik tiga wanita yang menaiki kereta BMW berwarna hitam di pekan Kwazakhele di sini.

Wanita berkenaan menghampiri lelaki itu dan berpura-pura bertanya arah sebelum salah seorang daripada mereka mengeluarkan pistol dan mengarahkan mangsa masuk ke dalam kereta.

Suspek kemudian membawa lelaki itu ke satu tempat kira-kira 500 kilometer dari lokasi dia diculik sebelum diikat dan dibogelkan.

Selepas dibogelkan, wanita berkenaan cuba merangsang lelaki itu tetapi gagal kerana mangsa terlalu takut.

Bagaimanapun, mangsa dipaksa meminum sejenis cecair perangsang sebelum dirogol bergilir-gilir oleh wanita berkenaan.

Lelaki itu memberitahu polis, suspek turut mengumpul air maninya di dalam beg plastik sebelum diletakkan di dalam bekas ais.

Mangsa kemudiannya ditinggalkan di sebatang jalan raya di bandar ini.

Dalam kejadian kedua, seorang lelaki di bandar Gauteng dekat sini mendakwa diculik tiga wanita sebelum dirogol dan air maninya dicuri.

Mangsa memberitahu polis, dia juga dipaksa meminum sejenis cecair perangsang sebelum dirogol ketiga-tiga suspek.

Jurucakap polis, Mncedi Mbombo berkata, kedua-dua mangsa tidak mengalami kecederaan tetapi dilaporkan trauma dengan kejadian itu.

“Kes ini sangat pelik kerana kami tidak pernah menerima laporan lelaki dirogol wanita.

“Kami kini sedang memburu semua wanita berkenaan dan suspek akan didakwa atas tuduhan merogol,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Mei 2015 @ 9:32 AM