PELAJAR melihat karya fotografi yang mungkin kini sudah ditelan kemodenan.
PELAJAR melihat karya fotografi yang mungkin kini sudah ditelan kemodenan.
DR Roaimah (kanan) bersama Dr Rani Diana dan Dr Mohd Adnan ketika mendengar penerangan mengenai Quadcopter Drone dan Receiver.
DR Roaimah (kanan) bersama Dr Rani Diana dan Dr Mohd Adnan ketika mendengar penerangan mengenai Quadcopter Drone dan Receiver.
RAKAMAN kehidupan masyarakat dan tempat menerusi pameran Melaka in Monochrome 2015: Street Photography.
RAKAMAN kehidupan masyarakat dan tempat menerusi pameran Melaka in Monochrome 2015: Street Photography.
Shafezah Abdul Wahab


Perkataan ‘kodak’ sinonim apabila dikaitkan dengan penggunaan kamera. Tentu ramai yang teruja bergambar menerusi kamera yang masih menggunakan gulungan filem.

Namun, selepas memasuki era perkembangan teknologi maklumat (IT), dunia seolah-olah lupa kepada gulungan filem.

Maka, lahirlah kamera digital yang mengakses gambar yang dirakam secara automatik.

Bagi mengembalikan kegemilangan era filem gulung, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka mengumpulkan karya fotografi hitam putih yang membabitkan 752 jurugambar Fakulti Komunikasi & Pengajian Media (FKPM) sempena pameran Melaka in Monochrome 2015.

Pameran dengan kerjasama Unit Perhubungan Alumni UiTM itu berlangsung selama 12 jam di Dewan Taming Sari, UiTM Melaka, baru-baru ini.

Rektor UiTM Melaka, Profesor Madya Dr Mohd Adnan Hashim berkata, pameran itu memberi penekanan terhadap asas fotografi hitam putih menerusi tema ‘Melaka in Monochrome: Street Photography’.

“Ia diangkat bagi mengembalikan rakaman keunikan masyarakat dan keindahan Melaka menerusi lensa kamera,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Dr Rani Diana Othman, Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni, Profesor Madya Dr Roaimah Omar dan Ketua Pusat Pengajian FKPM, Shahril Anuar Abd Ghalim.

Menurut Koordinator Unit Perhubungan Alumni UiTM Melaka, Shafezah Abdul Wahab, usaha itu akan diteruskan bagi membolehkan masyarakat setempat dan alumni bekerjasama dalam pelbagai kepakaran.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang pameran termasuk Alumni Talk Series bersama Jurufoto Tersohor Negara, Bustamam Mokhtar serta Bengkel Fotografi Quadcopter Drone oleh Dr Yusri Salleh.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mei 2015 @ 12:55 PM