RAKAMAN CCTV berdurasi 4 saat  yang tersebar luas di laman sosial.
RAKAMAN CCTV berdurasi 4 saat yang tersebar luas di laman sosial.
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Alor Setar: Tindakan seorang pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) merakam gambar bersama ahli keluarganya berakhir tragedi apabila mangsa terjatuh dipercayai akibat tergelincir dari tempat letak kereta di tingkat enam ke tingkat dua sebuah pusat beli-belah, di sini, Ahad lalu.

Mangsa Mohd Nur Hadi Hamdan, 18, anak kedua daripada lima beradik cedera parah di kepala dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 9.30 malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang, mangsa bersama ahli keluarga pada mulanya berada di kedai buku di tingkat empat pusat beli-belah itu sebelum meminta keizinan ibu bapanya untuk pergi ke tempat letak kereta yang terletak di tingkat enam bagi merakam gambar.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Md Jan berkata, mangsa bersama kakaknya berusia 20 tahun dan adik lelaki berusia 16 tahun naik ke tingkat enam bangunan, itu tetapi tiba-tiba tergelincir ketika berada di atas tembok menyebabkannya terjatuh.

“Mangsa yang cedera parah di kepala, hidung dan telinga kemudian dikejarkan ke HSB dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) serta koma.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Mei 2015 @ 7:29 AM