Bukit Mertajam: Kemusykilan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengatur masa untuk memberi perhatian kepada rakyat jika dipilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, terus dipertikai kerana Presiden PKR itu disifatkan terlalu banyak tanggungjawab lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil Shahrum Mohd Sharif berkata, pengundi di Permatang Pauh seharusnya memberi peluang kepada calon Barisan Nasional (BN) Suhaimi Sabudin sebagai wakil rakyat kerana statusnya sebagai anak watan boleh beri komitmen sepenuh masa dan bukannya separuh masa.

“Berilah peluang kepada Suhaimi dan biar kita simpati dengan Wan Azizah kerana dia sibuk dengan statusnya sebagai isteri Presiden PKR, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan nenek.

“Bagaimana Wan Azizah sebagai ADUN Kajang akan memberi perkhidmatan kepada rakyat jika dipilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh? Jaraknya bukan dekat, mungkin dia hanya datang dua minggu atau sebulan sekali saja ke Permatang Pauh,” katanya di Pusat Operasi BN di Bandar Perda, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 April 2015 @ 9:46 AM