Oleh Hairulazim Mahmud

Seberang Jaya: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tiga belasa projek baru dan sambungan diluluskan untuk Pulau Pinang di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10).

Timbalan Perdana Menteri berkata, semua projek itu diluluskan dengan peruntukan pembangunan besar dalam tempoh lima tahun mulai 2011 hingga 2015.

"Projek naik taraf blok pelbagai tingkat Hospital Seberang Jaya (HSJ) dianggarkan bernilai RM400 juta yang dijangka bermula tahun ini," kata beliau berucap pada Majlis Projek Naik Taraf HSJ, di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, blok baru itu akan menawarkan perkhidmatan pelbagai disiplin.

Beliau berkata, dengan kepadatan penduduk di daerah Seberang Perai Tangah sekarang, pembinaan blok itu amat diperlukan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 April 2015 @ 12:29 PM