FOTO hiasan
FOTO hiasan
Oleh Mohd Sah Muda

Mersing: Seorang wanita 35 tahun maut selepas bergaduh dengan teman lelakinya di Hutan Bandar, Mersing, 12.30 tengah malam tadi.

Mangsa dikatakan pengsan selepas dipukul teman lelakinya berusia 38 tahun dalam pertengkaran di pondok rehat taman rekreasi itu.

Menyedari teman wanitanya pengsan, lelaki itu membawanya ke Hospital Mersing untuk rawatan tetapi mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintenden M Kumar berkata, teman lelaki mangsa ditahan di hospital berkenaan sejurus mendapat laporan.

"Suspek ditahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 April 2015 @ 2:26 PM