NILAI kebolehpasaran graduan MSU sentiasa meningkat sekali gus menjadikan mereka pilihan industri.
NILAI kebolehpasaran graduan MSU sentiasa meningkat sekali gus menjadikan mereka pilihan industri.
Oleh Ruhaiza Rusmin

Pembangunan modal insan adalah satu daripada komponen penting dalam pembentukan Model Baru Ekonomi (MBE) untuk negara yang memerlukan modal insan berkemahiran, berpengetahuan tinggi, kreatif dan inovatif.

Mengikut Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), untuk memacu pembangunan negara mencapai Wawasan 2020, salah satu tumpuan utama ialah memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan cemerlang melalui strategi pembangunan modal insan secara holistik.

Dalam era globalisasi, sesebuah negara yang tidak mempunyai pembangunan modal insan akan terus ketinggalan dalam pelbagai bidang .

Justeru, dengan menitikberatkan pembangunan modal insan secara automatik, ia akan menjadikan organisasi itu lebih berinovasi dan berdaya saing.

Melihat potensi dan kepentingan bidang ini, Management & Science University (MSU) menawarkan peluang kepada pelajar berminat mengikuti program Pengurusan Modal Insan peringkat diploma dan ijazah sarjana muda.

Program itu ditawarkan melalui Faculty of Business Management & Professional Studies (FBMP).

Terkenal dengan visi komited untuk mencerna kecemerlangan dan kejayaan kepada graduan, MSU menjadi platform terbaik membantu pelajar memperoleh ilmu.

Sokongan pensyarah berpengalaman melalui program mentor mentee dengan suasana pembelajaran kondusif dengan kemudahan prasarana lengkap memberi bonus kepada pelajar.

Program pengajian MSU direka khusus untuk meningkatkan kebolehpasaran serta memperkasakan pengalaman pembelajaran pelajarnya melalui aktiviti kokurikulum yang melengkapi mereka dengan nilai-nilai etika dan moral.

Antara bidang kerjaya boleh diceburi graduan Pengurusan Modal Insan ialah profesional pengurusan modal insan, eksekutif pembangunan perniagaan, jururunding bertauliah, eksekutif pengurusan sumber manusia, eksekutif latihan dan pembangunan, eksekutif keselamatan dan kesihatan dalam pekerjaan, eksekutif hubungan industri, eksekutif perhubungan awam, eksekutif pentadbiran dan eksekutif ganjaran & pampasan.

Peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi turut terbuka luas selain memperoleh kerjaya kerana MSU mempunyai kerjasama erat dengan majikan daripada sektor swasta atau kerajaan menerusi University Industry Advisory Panel (UIAP).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Oktober 2014 @ 5:02 AM