PEMANDANGAN pondok Yang dari luar.
PEMANDANGAN pondok Yang dari luar.
YANG melayan kerenah anaknya.
YANG melayan kerenah anaknya.
DENGAN hasil menjual barang terpakai, Yang dapat memberi keluarganya makan.
DENGAN hasil menjual barang terpakai, Yang dapat memberi keluarganya makan.
YANG dibantu dua anaknya.
YANG dibantu dua anaknya.
SEORANG anak Yang baring beralaskan selimut di atas longgokan sampah.
SEORANG anak Yang baring beralaskan selimut di atas longgokan sampah.

Di celah timbunan sampah, kelihatan satu keluarga berteduh tanpa menghiraukan keadaan sekeliling yang terlalu kotor dan menjijikkan.

Yang Shongshi mencari tongkat sambil memeluk kakinya. Dia jelas kelihatan sakit. Lelaki berusia 50 tahun itu patah kaki tahun lalu dan tidak mampu menjalani pembedahan.

Empat anaknya yang berusia antara dua hingga 11 tahun mengelilinginya selepas mereka mencari barangan terpakai di tempat buang sampah itu.

Mereka tidak boleh ke sekolah kerana tidak didaftarkan selepas lahir.

Seluruh keluarga itu boleh dikatakan ‘tidak wujud.’ Yang tinggal di tapak pembuangan sampah di Xinzhou, China, sejak 20 tahun lalu dan kerajaan tidak mempunyai rekod menunjukkan dia atau isteri dan anaknya wujud.

Yang yang buta huruf berpindah ke wilayah itu dari Shandong, kira-kira 480 kilometer dari Xinzhou pada 1995 dengan harapan memperoleh pekerjaan.

Bagaimanapun, tak ada siapa mengambil dia bekerja. Kerana itu dia terpaksa menumpang di tapak pembuangan sampah yang seluas 600 meter persegi itu.

Dia berkahwin dengan Li Runling, 45, yang juga buta huruf.

Tempat kediaman mereka hanya sebuah pondok usang.

Anak sulungnya, Yuanyuan, 11, membantu kerja rumah sementara bapanya menyelongkar sampah mencari barang yang masih boleh dipakai dan boleh dijual.

Dia pernah bersekolah selama dua tahun tetapi disingkirkan selepas pihak sekolah mengetahui dia tidak mempunyai rekod.

Apabila tidak ada apa yang hendak dilakukan, dia akan membelek buku yang dijumpai bapanya dalam timbunan sampah. Tetapi dia tidak dapat memahaminya.

“Saya teringin sangat hendak ke sekolah,” katanya.

Yang mengaku kehidupan keluarganya terlalu sukar. “Isteri saya tidak boleh membantu kerana masalah kesihatan. Hanya saya yang mencari rezeki. Kerana tidak mempunyai alamat rasmi, saya tidak boleh mendaftarkan anak-anak sebagai penduduk menyebabkan mereka juga tidak boleh bersekolah.

“Saya tidak boleh membaca atau menulis. Begitu juga dengan isteri saya. Kami tidak dapat membantu anak kami. Saya impikan kehidupan lebih baik untuk mereka. Lebih baik sedikit daripada ini pun sudah mencukupi,” kata Yang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 April 2015 @ 5:14 AM