MANGSA maut di tempat kejadian.
MANGSA maut di tempat kejadian.
Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas terjatuh daripada tingkat dua di kompleks beli belah Kenanga Wholesale City, di sini, kira-kira jam 3 petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

"Siasatan awal mendapati kanak-kanak terbabit di bawa oleh ibu bapanya ke kompleks beli belah itu sebelum jatuh dari tingkat dua hingga ke aras bawah tempat meletak kenderaan," katanya dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

Difahamkan kanak-kanak malang berkenaan terlebih dulu bermain di kawasan sekitar eskalator sebelum terjatuh dari ketinggian lima tingkat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 April 2015 @ 5:22 PM