GJIE, Wan dan Adi menikmati makanan Barat di Restoran CZ Grills.
GJIE, Wan dan Adi menikmati makanan Barat di Restoran CZ Grills.

Tiga anggota kumpulan '6th Sense' nyata seronok dapat menikmati masakan Barat di CZ Grills, baru-baru ini.

Ketiga-tiganya mengakui semua makanan di restoran itu memenuhi cita rasa mereka.

Selaku pemain gitar utama, Mohd Faiz Azizi (Gjie) berkata, kesempatan makan bersama dua rakannya iaitu Adi Priyo Sambodo (vokalis) dan Safuan Hassan (pemain dram) dimanfaatkan dengan sebaik-baik­nya.

"Kami mencuba semua makanan dan hidangannya memuaskan hati kerana sungguh enak selain cara penyediaan hidangan sangat menarik.

"Begitu juga kualiti makanan berbaloi kerana dagingnya masak sekata serta berkhasiat," katanya.

Adi yang berasal dari Indonesia pula tidak menafikan selama sembilan tahun di negara ini, dia semakin serasi dengan makanan tempatan, bahkan menggemari budu dan sambal belacan.

Kumpulan lima anggota itu pernah mempopularkan lagu J Mizan iaitu Hari Ini dan Semalam, turut popular menerusi lagu bertemakan cinta seperti Maafkanku, Berjanjilah, Seandainya, Tak Memilihmu, Tanpa, Cinta Yang Sempurna dan ba­nyak lagi.

Bagi Safuan Hasnan pula, rutin harian mereka sibuk kerana kumpulan berkenaan kini memiliki produksi sendiri dikenali sebagai Putih Productions. Produksi itu pernah menghasilkan lagu untuk drama Setia Hujung Nyawa nyanyian Fiq Mentor dan Gjie.

Mereka berhasrat berkunjung lagi ke CZ Grills satu hari nanti dengan membawa dua lagi ahli kumpulan iaitu Shahrul Affendi (Athan) dan Mohd Fairuz (Ayoy) untuk makan bersama-sama.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Oktober 2014 @ 5:00 AM