RUANG makan  (atas) dan ruang tamu  (bawah) menampilkan citarasa mewah pemiliknya.
RUANG makan (atas) dan ruang tamu (bawah) menampilkan citarasa mewah pemiliknya.
BAHAGIAN hadapan rumah yang baru dibeli  Pacquiao.
BAHAGIAN hadapan rumah yang baru dibeli Pacquiao.

Manny Pacquiao membelanjakan £8.4 juta (RM46 juta) untuk membeli sebuah rumah agam mewah di Beverly Hillis, namun empat tiket pertarungan menentang Floyd Mayweather memastikan rumah itu menjadi miliknya.

Peninju Filipina itu kini memiliki hartanah berkeluasan 10,000 kaki persegi dengan tujuh bilik tidur di komuniti eksklusif.

California itu, sebulan sebelum pertarungan menentang peninju Amerika Syarikat itu yang belum pernah ditewaskan.

Selain harga ditawarkan AS$12.5 juta (RM46 juta), empat tiket untuk perlawanan terhebat dalam sejarah tinju di MGM Grand, Las Vegas pada 2 Mei membantu dia mendapatkan

rumah itu.

“Tidak syak lagi ia amat membantu,” kata ejen hartanah Pacquiao, Elsa Nelson.

“Penjual rumah amat meminati tinju dan juga Manny, jadi ia satu tawaran yang hebat.”

Video YouTube hartanah itu menunjukkan rekaan dalaman hebat selain pemandangan hebat bandar itu dari taman yang turut memiliki sebuah kolam renang.

Menurut USA Today Sports, Pacquiao membeli hartanah itu dengan syarat ia lengkap dengan perabot dan sedia untuk dihuni.

Pacquiao berlatih di Wild Card Gym, Los Angeles untuk pertarungan mega menentang Mayweather di Las Vegas.

Kelihatannya peninju berusia 36 tahun itu sudah mula membelanjakan sebahagian daripada wang yang dijangka diperolehnya daripada pertarungan bernilai AS$300 juta (RM1.11 bilion) di MGM Grand.

Berbeza pula nasib seorang lagi bekas juara heavyweight, Mike Tyson apabila bekas rumah agamnya di Southnington, Ohio bakal menjadi sebuah gereja.

Tyson terpaksa menjual rumah itu pada harga AS$1.3 (RM4.81 juta) pada 1999 selepas tidak lagi mendapat perhatian apabila peninju Amerika Syarikat itu berdepan beban kewangan selepas dituduh merogol.

Peninju berkenaan tinggal di kediaman Ohio pada akhir 1980an dan 1990an ketika berlatih untuk pertarungan di gimnasium milik Don King, 20 batu dari Orwell.

Seorang jurugambar, Johnny Joo, 24, dibenarkan masuk untuk meneroka hartanah itu yang dilengkapi perabot bertatah emas, jacuzzi dengan siling cermin dan kolam renang bersaiz dua kali ganda rumah keluarga biasa.

Ia mempunyai lima bilik tidur, beberapa ruang tamu, tujuh bilik mandi, dapur, dapur mini, garaj, kolam dan jacuzzi, sangkar harimau dan gelanggang bola keranjang.

Tyson menghias rumah agam itu dengan chandelier kristal, kolam renang, permaidani bercorak harimau dan pelbagai hiasan lain yang memenuhi nafsunya yang suka berparti.

Begitupun suasana di rumah yang pernah didiami peninju termuda memenangi gelaran heavyweight WBC, WBA dan IBF pada usia 20 tahun terbiar sepi dan sunyi.

“Pengembaraan saya membawa saya ke tempat yang aneh tetapi tiada yang menyamai rumah bekas seorang peninju profesional,” kata Joo.

“Ia terasa dingin, kosong dan menyeramkan. Tidak begitu menggerunkan tetapi menarik untuk diperhatikan.

“Saya tahu Mike Tyson pernah tinggal di sini dan kini saya berdiri menghadap semua yang ditinggalkannya.

“Saya sukakan bilik mandi kerana pemandangannya dan siling cermin di atas kolam Jacuzzi.

“Begitupun kolam renang itu menjadi kegemaran saya kerana ia terlalu luas dan saya boleh bayangkan betapa meriahnya suasana ketika itu.

“Bilik itu lebih besar daripada tiga rumah yang saya miliki, seronok untuk dilihat bila berdiri di satu hujung lain. Semuanya penuh dengan kemeriahan satu ketika dahulu dan kini ia hanya mengumpul debu.

“Sewaktu saya berjalan di dewan dan bilik, saya dapat membayangkan parti yang pernah diadakan di tempat ini.

“Saya melihat sebuah bilik yang meriah dengan pesta tetapi kini tiada parti, harimau mahu pun selebriti.”

Peninju itu ditahan pada 1991 selepas didakwa merogol dan pada 1992, juri mendapati dia bersalah dan diperintahkan menjalani hukuman penjara enam bulan dan parol selama empat tahun.

Pada 1995 Tyson diperintah menjalani parol dan dibebaskan daripada penjara, pulang ke Southington bagi melarikan diri daripada media yang sering memburunya sebelum menjualnya pada 1999 berikutan masalah kewangan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 April 2015 @ 2:57 PM