TUNKU Jamie (kiri) dan Sarimah. FOTO Ramlah Zainal
TUNKU Jamie (kiri) dan Sarimah. FOTO Ramlah Zainal
Oleh Ramlah Zainal


Kuala Lumpur: Hanya dengan sekali lafaz, pelakon dan pengacara Sarimah Ibrahim, 37, selamat diijabkabulkan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 43, dalam majlis ringkas di hotel, di sini, hari ini.

Pasangan ini dinikahkan jurunikah Istana Negara, Ustaz Nik Ridzuan Nik Mohamad pada 12.38 tengah hari tadi dengan disaksikan ibu bapa pengantin perempuan, Ibrahim Ahmad, 59, dan Elizabeth Hanlon serta keluarga terdekat kedua belah pihak.

Tunku Nadzimuddin atau dikenali sebagai Tunku Jamie adalah cucu kepada Yang Dipertuan Agong ke-10, Almarhum Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman.

Pada majlis bertemakan tradisional itu, Sarimah menerima mas kahwin sebanyak RM6,000 dan cincin daripada pihak lelaki, manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Pihak lelaki turut menyerahkan tujuh dulang hantaran dan berbalas tujuh oleh pihak perempuan.

Hadir sama, Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tunku Najihah Tunku Besar Burhanuddin.

Majlis persandingan akan diadakan di hotel yang sama malam ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 April 2015 @ 1:29 PM