AHMAD Sarji (kiri) bersama Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Tan Sri Hamad Kama Piah (kanan) menunjukkan jumlah pengagihan pendapatan. FOTO Bernama
AHMAD Sarji (kiri) bersama Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Tan Sri Hamad Kama Piah (kanan) menunjukkan jumlah pengagihan pendapatan. FOTO Bernama
Oleh Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.50 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) dan agihan pendapatan khas sebanyak 0.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2015.

Ini adalah agihan pendapatan sulung bagi ASB2 sejak dilancarkan pada 2 April 2014 sebagai satu agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera.

Sambutan masyarakat Bumiputera terhadap ASB2 cukup menggalakkan dengan sejumlah langganan 2.06 bilion unit oleh 103,545 pemegang unit.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji berkata, lembaga pengarah ASNB bersetuju memperuntukkan pembayaran sebanyak RM92 juta sebagai pembayaran agihan pendapatan ASB2.

"Tahun kewangan pertama ASB2, dilalui dalam suasana pasaran saham domestik dan keadaan ekonomi global mengalami situasi yang begitu mencabar," katanya di majlis pengumuman agihan pendapatan ASB2 di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mac 2015 @ 3:30 PM