ANGGOTA Bomba menyelamatkan mangsa yang tersepit. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA Bomba menyelamatkan mangsa yang tersepit. FOTO ihsan Bomba
Oleh: Nabihah Kamal


Kajang: Seorang wanita yang tersepit di dalam kereta selepas dirempuh lori dari belakang di Kilometer 302.5 Lebuhraya PLUS arah utara dekat Bangi diselamatkan bomba, hari ini.

Dalam kejadian kira -kira 7 pagi tadi, pemandu lori terbabit hilang kawalan sebelum terus merempuh kereta dipandu mangsa berusia 34 tahun dari belakang menyebabkan dia tersepit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bangi, Azmel Kamarudin berkata, bomba yang menerima maklumat berhubung kejadian itu bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, mangsa berjaya dikeluarkan tidak lama kemudian dengan bantuan Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS).

“Mangsa mengalami kecederaan ringan di badan dan dihantar ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mac 2015 @ 11:25 AM